Posts tagged ‘seram’
Misteri ’roundabout’
Entah la. Nak percaya ke dak. Dengaq depa cerita macam betul! Tapi macam tak masuk akal.
Alkisahnya begini, kat UMS depa kata nampak macam-macam. Benda tu la, benda ni lah. Hai,aku pun cuak jugak depa pakat cerita macam tue.
Macam ni, kalau kalian pernah datang ke UMS, sudah tentu kalian akan ternampak beberapa buah ‘roundabout’ sekitar universiti ni.
Aku pun tak tahu la pulak, awat la depa pi buat banyak sangat ‘roundabout’ ni. Dengar cerita, memang kena buat la macam tu. Sebab dah ada ‘agreement’ dengan ‘benda tu’..
Salah satu ‘roundabout’ yang popular kisahnya adalah berhadapan dengan Dewan Canselor dan berhampiran dengan Library. Dengaqnya, dikeliling ‘roundabout tu ada sebuah kubur lama yang tak boleh dipindahkan!!
Pernah, member kepada member baik aku sendiri ternampak seorang perempuan berbayu kebaya berada di tengah bulatan besar tue. Hihihihi… seram sejuk aku jugak ni..
Ye la,,malam-malam kadang-kadang aku selalu online lepak kat library. So, mau tak mau kena la melalui ‘roundabout’ tu.. Mak aiii, seram giler beb. .
Apapun, setakat ni Alhamdulillah la..aku tak dak la lagi terserempak dengan ‘benda tu’.. minta simpang la na..hehehe…
ps: bagi anda yang selalu jalan malam, AWAS!! Berhati-hati dengan tingkah laku anda kerana anda mungkin sedang diperhatikan..hehehe
Recent Comments