Posts tagged ‘komentar’
Final Piala FA
Baru-baru ini saya ada menonton perlawanan bola sepak tempatan yang membabitkan pertemuan Kelantan dan Selangor. Kedua-dua pasukan dipertemukan dalam pentas final Piala FA edisi ke-20.
Seperti biasa, ‘port’ utama saya dengan rakan-rakan adalah di bilik member baik jugak la..ahaks..
Sebenarnya, saya jarang menonton perlawanan liga tempatan kerana ditempat saya ini sering dihidangkan dengan perlawanan ‘antarabangsa’ yang kononnya berkualiti tinggi. Dan itu tidak saya nafikan sama sekali.
Cuma, apa yang ingin saya nak beritahu tang sini adalah masih ramai lagi sebenarnya yang masih cintakan bola sepak tempatan termasuklah diri penulis.
Kita jangan lupa pepatah melayu dulu-dulu, “dimana situ bumi dipijak, disitu langit kita mesti junjung.”
Walau sehebat mana pun kita ghairah menyokong pasukan luar, namun pasukan tempatan jangan sesekali kita lupakan.
Saya juga menyokong pasukan luar ini sebenarnya. Pasukan pilihan saya tentulah Liverpool FC. Saat tinta ini ditulis pasukan Liverpool masih lagi menghuni ditempat kedua dibelakang pasukan popular masa kini iaitu Manchester United.
Walaupun pada suatu ketika, Liverpool jauh meninggalkan pencabar yang lain dengan jarak mata yang besar.
Saya bukan nak membebel pasal pasukan Liverpool atau Man Utd ni sebenanrnya. Tapi, tentang sikap ‘segelintir’ penyokong tertentu yang tidak dapat menerima kekalahan.
Adatlah dalam bola sepak, mesti ada yang menang serta yang kalah. Takkan la nak seri memanjang kot kawan! Kita pun nak tengok jugak pemenang.
Siapa yang tidak dapat melupakan kejadian trak polis yang dibakar oleh penyokong di negeri pantai timur. Satu seantero Malaya tahu akan perihal ini. Memalukan dan amat mendukacitakan bagi saya.
Sepatutnya budaya ini tidak perlu la diamalkan kita memandangkan kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati negara.
Entah la.. saya bukannya apa. Cuma ter’kezut’ sikit la dengan mentaliti sesetengah penyokong yang mahu menghancurkan sistem bola sepak negara.
Hukuman yang dijatuhkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi saya tidaklah setimpal mana dengan kerosakan yang dilakukan penyokong mereka.
Mujur perlawanan akhir Piala FA baru-baru ni tak berlaku kekecohan dalam stadium. Cuma, ada la sikit balingan botol mineral ke dalam padang dan letupan mercun.
Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan itu sebenarnya membahayakan nyawa orang yang datang menyaksikan bola sepak?
Bayangkan, sukan bola sepak yang menjadi hiburan untuk tontonan orang ramai akan bertukar menjadi medan merusuh akibat terdapat segelintir penyokong yang tidak dapat mengawal emosi masing-masing. Peminat yang datang membawa keluarga dan anak-anak kecil pasti akan terfikir dua kali untuk datang ke stadium memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
Berbalik kepada perlawanan tadi, mutu kedua-kedua pasukan masih lagi perlu dipertingkatkan. Boleh dikatakan, kawalan bola masih lagi lemah dan sering tidak tepat apabila membuat hantaran.
Malah, ada pemain yang tamak dengan mahu mencuba menjaringkan gol. Tidak salah sebenarnya mencuba, tapi tengok la member dulu sebelum passing. Ini tak, pakai bedal jer.hehe…
Maaf la yer kot-kot terdapat individu yang terasa dengan tulisan saya ini. Ini cuma pandangan peribadi saya yang menyaksikan perlawanan siaran secara langsung di kaca televisyen.
Sekian untuk laporan untuk hari ini na kengkawan..
Majulah bola sepak untuk negara..
Recent Comments