Posts tagged ‘kedah’
Kembali Semula
Salam sejahtera…
Alhamdulillah..aku baru selamat kembali ke Pekan Kuala Kedah yang mendamaikan..
Perjalanan yang aku kira amat meletihkan walaupun aku tidak drive pun..ahaks..
Malam ni jangan lupa ada live bola sepak dari Stadium Darul Aman serta RTM1..
Aku berdoa agar kemenangan sekali lagi berpihak kepada skuad kenari..
pulun kedah pulun…
Aura AloQ SetaQ
Salam berbahagia semua…
Tidak banyak aktiviti yang aku buat hari ni..
Pas abeh keje, terus aku ronda-ronda kat pekan aloq staq…
Jengok2 sat kat stadium darul aman…x sabar aku nak tengok bola melibatkan team kedah..
Sibuk dengan tugasan buatkan aku tak sempat nak berkarya..idea banyak ni..tunggu la na..
Tunggu di lain ketika ya kengkawan…
Dah Sampai Kedah
Salam hormat…
Maaf yer kalian semua..aku baru jer sampai ke bumi bertuah kedah darul aman..
Line internet tak dapat la kat baling..almaklumlah, aku tinggal kat kampong bawah gunung..
Haha..
Jumpa lagi…
Sabah Bumi Bertuah
Dengan hanya masa berbaki DUA hari saja lagi aku akan tinggalkan bumi Sabah.. Semua hanya akan tinggal kenangan.
Mari aku singkap semula perjalanan hidupku di Sabah untuk tatapan kalian semua..
Bermula dengan pendaftaran kemasukan pelajar baru di Dewan AB sesi 2006/2007.. Aku ingat lagi detik itu. Berbagai jenis ragam aku temui. Ada yang mundar-mandir dan tidak kurang juga yang kelihatan cukup sedih terpisah dengan keluarga.
Nak buat macam mana kan.. bukannya nak pergi berperang pun…ahak!!
Destinasi asing bagiku seperti Kota Belud, Inanam, Tuaran, Kota Kinabalu, Kudat, Ranau, Kundasang, Beaufort dan sebagainya yang aku tidak mampu untuk senaraikan disini menggamit perasaanku.
Aku teruja dengan suasana tempatan disana.
Penduduk depa ramah dan tamah. Paling aku ingati dan ku kenang adalah di Pekan Kudat. Pertama kali aku tinggal dalam sebuah keluarga angkat yang majoritinya beragama Kristian.
Namun, yang cukup melegakan sedikit hatiku adalah keluarga angkatku faham akan apa yang tak boleh dan boleh dalam ajaran Islam..
Semuanya itu hanya aku dapat setelah berada disini.. Kini, aku akan pulang. Pulang dalam eri kata yang sebenar adalah pulang ke pangkal jalan..Gurau ajer bah!!
Kata orang, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”.
Walaupun Sabah dan Kedah adalah dalam wilayah yang sama yakni Malaysia, tapi nikmat hidup diami tempat sendiri syok lagi beb!
Lambaian sawah padi yang kuning menghijau semakin melambai-lambai memanggilku.. Padi di sawahan yang terbentang luas saujana mata memandang memukau setiap penghuni bumi yang menyaksikannya..
Sabah, namamu tetap dalam hatiku.. Kedah, tempat kelahiranku..
Jumpa lagi…
Dari Kedah Sampailah ke Sabah
Bermula pada saat tinta ini dicipta, hanya tinggal kira-kira EMPAT hari saja lagi aku akan meninggalkan pentas bumi Sabah. Aku akan kembali ke tempat tanah tumpah darahku..
Banyak pengalaman dan cerita berharga yang aku timba di bumi Borneo ini. Segala-galanya bakal terpalit diingatan. Entah bila aku dapat kembali lagi ke sana.
Bagus bah!! Itulah ayat pertama aku diperdengarkan ketika pertama kali mencemar duli bumi Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan menaiki kapal terbang jenis Boeing 747.
Ada disebalik duka bercampur tawa sebelum aku datang ke Sabah ini. Kadang-kadang aku hampir terlupa dan sering terlupa.
Namun, niat aku mesti di’adjust’ semula. Bayangkan, aku terkapai-kapai keseorangan tanpa bantuan daripada sesiapa. Aku bukan lahir dalam golongan yang berada seperti kengkawan yang lain.
Tiada siapa yang mahu menolong ku. Kerana aku hanya anak seorang kampong di hulu Baling.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t, aku berjaya meloloskan diri untuk beradu ilmu dengan umat pelajar yang lain.
Mungkin tuah menyebelahi aku. Aku sering mendapat tuah sebenarnya.
Aku tidak punyai ‘kabel’ seperti orang lain yang senang-senang digunakan untuk mendapatkan kerja. Begitulah permainan dunia untuk hari ini.
Teringatkan daku akan kata-kata ibuku… “kita ni dahla susah, ngaji la pandai-pandai..kalau ngaji tak pandai dan main-main, orang akan hina kita”..
Aku pernah melihat ibuku menangis dek terasa terhina dengan tohmahan yang dilemparkan. Mengapa mesti menghina? Adakah kami layak untuk dihina dan dicerca?
Aku akur, kesusahan menyebabkan manusia sering ditindas dan berterusan dihina dengan sedemikian rupa walaupun dengan adik-beradik sendiri!
Kali ni, aku akan balik dengan nafas baru dan sejuta keyakinan. Aku mahu buktikan aku juga boleh berjaya seperti anak-anak yang lain. Aku juga makan nasik macam depa. Malah sedap lagi aih aku masak kat bilik!
Bumi Sabah akan aku tinggalkan buat selamanya. Aku mahu menabur jasa di bumi jelapang padi. Tanah yang subur menghijau mendamaikan lagi fikiran.
KEDAH DARUL AMAN… nantikan kepulangan ku..aku akan datang..pasti aku akan datang…
- pulun kedah pulun -
Recent Comments