Posts tagged ‘gunung kinabalu’
Sudah siap akhirnya
Alhamdulillah… Segala kesusutan yang mencengkam jiwaku sedikit terlerai. Masakan tidak, pada hari bersejarah ini aku sudah mampu menyiapkan laporan tesis. Cuba kalian bayangkan, tiga tahun aku di universiti untuk menimba ilmu di dada akan berakhir dengan suatu kejayaan yang cukup membangggakan.
Boleh dikatakan aku sudah bebas daripada satu masalah dan sejuta lagi problem akan aku hadapi dengan tenang. Pendek kata, selagi usia dikandung badan selagi itu masalah tidak pernah habis. Well, aku akui.
Pasni, minggu exam bakal menjelang. Inilah saat genting yang perlu aku hadapi. Hidup matiku dalam ilmu pengajian. Gagal bererti aku akan mengecewakan harapan semua keluargaku yang setinggi Gunung Kinabalu. Aku tidak boleh leka dan alpa lagi. Perjuangan perlu diteruskan.
Recent Comments