Posts tagged ‘gila’
Aku Mahu Pulang
Assalamualaikum semua…
Hari ini tanggal 6 Mei 2009.. Boleh jadi ini malam terakhir aku tidoQ di Sabah..
Tanah besar semenanjung itu sering membuatkan aku teruja. Aku mahu ketemu keluarga, kawan-kawan, ayam, itik, lembu dan lutong serta apa-apa ajer la.
Aku selesa dengan keadaan sebegini. Permai dan mendamaikan fikiran. Hidup di kota raya yang beralaskan hutan batu semestinya tidak menjanjikan keseronokan yang mutlak.
Aku sudah muak hidup dalam hutan batu yang semakin menghakis peranan sebenar hutan rimba.
Aku tidak menolak kemajuan. Bahkan, aku suka dan teramat suka. Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan misi dan visi negara.
Aku lihat, banyak peluang kerja dalam sektor awam dan swasta ditawarkan kepada rakyat. Kita patut bersyukur hidup di negara yang aman dan damai seperti Malaysia ini.
Pertumbuhan bangunan yang tersergam indah menyerikan lagi suasana setempat. Kota Kinabalu, kota raya yang bagus saban masa sibuk dengan susur masuk kenderan.
Tapi, semua itu tidak sesekali berlaku di mukim kampung. Tidak ada bunyi bising, kesibukan manusia dengan hal masing-masing, pencemaran udara dan sebagainya.
Sebab itu aku katakan tadi, aku bosan hidup di kota raya yang menjelikkan. Mungkin ada yang kurang menyetujui komentarku ini dan mengatakan aku kolot. Terpulanglah kepada kalian semua untuk menilainya.
Pernah suatu hari, aku dalam perjalanan ke Center Point (CP) KK. Di celahan kaki bangunan tue ada la seorang mamat Indonesia la aku rasa. Dia mai dekat aku. “Boy, Cd boy”. Aku pun mai la tengokkan. Aku ingatkan cd tentang wayang baru. Rupa-rupanya, depa tue jual cd lucah!! Masya-Allah..
Hangpa semua nak tau dak, apa yang seterusnya berlaku? Jeng..Jeng… aku memang tak beli pun. Tapi, yang membuatkan aku sedikit takut dan cuak ialah depa-depa tue mai ikut aku sampai la kat CP. Depa suruh beli jugak-jugak!
GILA!! Depa memang GILA!! Sebab pa, ada satu kes dah berlaku. Seorang student UMS kena tikam kat perut sebab tak nak beli cd HARAM tue.. Tak beli takpa la lagi, ni yang mamat sekoq ni pi gatai tikam perut student tue buat apa? Habis hilang wallet. Sebab, selain jual cd depa ni pakar dalam seluk saku.
Menyamun la tue!! Ahaks… So, hati-hati la na….
Awas bagi kalian yang melalui di celahan bangunan dekat CP. Aku bukan nak menakut-nakutkan hangpa semua. Tapi, benda ni dah terkena kat aku. Sehingga kini, aku masih ingat lagi peristiwa tue.. memang GILA!!
Banyak lagi la pengalaman aku nak kongsikan tang sini. Tapi, masa agak terhad sebab banyak urusan yang perlu dibereskan hari ni. Apapun, aku bersedia untuk bercerita dengan hangpa semua lagi.
Jumpa lagi di lain masa..
Wassalam……..
Recent Comments