Posts tagged ‘durian’
Durian dan Cinta
Part I
Persinggahan aku ke bumi Indah Permai (IP) rupanya membawa perkhabaran yang sangat menggembirakan hatiku. Masakan tidak, aku berjaya menyatukan dua insan yang suatu masa dahulu saling tidak mengenali antara satu dengan lain. Memang tak kenal pun sebelum ni! Hahaha…
Malah, tidak pernah terjumpa pun walau sesaat! Hari ini, segalanya sudah berubah. Langit tidak selalunya hujan. Kadang-kadang panas menghangatkan lagi suhu yang mencecah 36 darjah celcius. Panas la tu beb..
Kunjungan aku ke sana sebenarnya sekadar melepaskan sedikit tekanan yang memuncak angkara ‘exam’ yang senantiasa meresahkan kepada setiap insan yang bergelar pelajar. Aku kira, semua pelajar tidak akan terlepas dengan ‘hukuman’ exam ini.
Apa boleh buat Labu!! Terima ajela.. Jangan dok mengelat na..ahaks..
Berbekalkan dengan sedikit ilmu, banyak yang aku perturunkan kat depa-depa ni..Harapanku agar depa berbahagia hendaknya..
Orang bilang, zaman ini bukan senang mahu mencari calon pasangan untuk berkahwin. Berbagai-bagai jenis sikap dan fiil yang boleh hangpa ketemui.
Ada yang bulat, gemuk, kurus, ‘solid’, tembam, debab, sederhana dan macam-macam lagi la yang malas aku nak listkan..
Bak kata Nabil, ‘lu pikiaq la sendiri no’..
SORRY!! Bukan nak mengata kat sapa-sapa no..harap maklum..
Hangpa semua pernah makan buah durian? Tak kira la, buah durian perak ka, durian kampong ka, durian belanda ka, durian bandaq ka.. tak kisah la.. Aku arif, mesti hangpa semua pernah makan kan??
Begini, tak semua buah durian yang kita makan tue isinya bagus-baguskan? Pasti ada yang buruk dan berulatkan? Agak-agak hangpa, hangpa semua paham dak apa yang aku nak cerita sebenaqnya nie!! Bagi yang tak paham tue, buat-buat paham pi la no..hehehe
Semua orang ada kisah tersendiri. Kisah hitam la, putih la, kuning la dan sebagainya. Adakah depa perlu dipersalahkan atas kesilapan lampau? Siapa kita untuk mengadili depa yang pernah buat salah?
Fikir-fikirkanlah kengkawan semua…
Wokey la semua, aku nak stop cerita kat sini sat.. tunggu part II yang akan datang..
Tapi, tak tahu la bila pulak aku nak sambung story..ahaks..
Recent Comments