Posts tagged ‘diari’

‘Plan’ yang tak jadi!

Salam hormat semua..

Bersua lagi sekali dalam ruangan ni. Hari ni aku tak tau nak coretkan apa..

‘Plan’ yang aku rancangkan tak jadik! Mungkin ada hikmahnya di sebalik yang terjadi.

Kira-kira jam 7.15am tadi aku dikejutkan dengan satu mesej yang padaku agak memeranjatkan jugak la..

Aku akur dengan keputusan ini. Aku tidak punyai kuasa ajaib untuk mengundurkan perjalanan yang telah melewati di titian persimpangan.

Entahla la.. Kali ni aku tak nak salahkan Labu. Asyik-asyik, kalau silap sikit jer, pasti sang Labu jadi sasaran amarahku..

Ok la geng, aku nak pergi Kota Kinabalu dengan’ temanku’..Saja jalan-jalan sambil lihat pemandangan ciptaan Allah s.w.t.

Jumpa lagi na…

30/04/2009 at 8:48 am Leave a comment

Satu luahan rasa

Salam berbahagia semua.. ketemu lagi sekali yer kali ni.. ahh, Bengang! Bengang!

Tak tau kenapa aku sangat bengang semalam. Pelik aku dengan ‘mamat’ seorang ni.

Apa dia ingat harta ni dia yang punya? Ahmad Albab yang punya sebenarnya tau dak! Geram betul aku.

Tapi, nasib baik la aku ada sikap sabar dalam diri. Ahaks…

Semua dia nak pulun, tulisan aku kali tentang ‘perangai’ mamat ni yang pada aku cukup membosankan. Entahlah Labu.

Tapi, tidak mengapa..aku pun tak la ambil hati sangat dengan sikap ‘mamat’ ni.

Lani aku tengah online, tengah buka website KPLI.. tentang result nak jadi cikgu.

Aku tak la harap sangat benda ni. Tapi, kalau dapat aku bersyukur sangat2 la.. rezeki la katakan..

Kalau anda semua sedang membaca tulisan aku pada masa ini,aku ucapkan berjuta-juta terima kasih la yer sebab sudi dengar cerita aku yang tak berapa cun untuk dikarang.

Aku bukan seoang penulis yang bagus, hanya sekadar meluahkan rasa yang terpendam di jiwa sanubari..

Oh yakan, dah la semalam team feberet aku seri lagi dengan Arsenal. Kecewa sangat2 sebab macam dah takde harapan nak ligan Man Utd..

Apa boleh buat kan kawan? Sabar aje la,try lagi musim depan..

Untuk makluman semua, aku juga buat satu blog. Kalau ada masa lawat la yer.

Nah ni dia link.. http://strengenge.blogspot.com

22/04/2009 at 9:15 am Leave a comment

Demam Exam Dah Bermula

Salam bahagia semua dari saya. Nah, bertemu kita sekali lagi di blog ni.

Dah rezeki katakan dan amat malang sekiranya anda terlepas pandang dengan blog ini. Ahaks….

Oh ya, pagi ni aku ada exam. First time exam dalam sem ni, kira berat la bagi aku untuk tempuhnya nanti. Paper Pengarahan TV lagi tue. Pergh..

Aku no komen la..di saat aku menulis entry ni aku sedang study sikit2..nak cakap senang, takut riak pulak.nak cakap susah macam senang.. Entahlah Labu!

Apapun, ni la perjuangan aku dalam medan akademik. Aku seolah-olah akan berperang dengan lontaran soalan yang barangkali membuatkan jantung setiap si pembacanya terasa debar dan gabra. Silap haribulan masuk wad bersalin rasanya.

Eh, apa yang aku merapu ni. Ye la kan, tak syok la hidup tanpa buat lawak walaupun tak la selawak manapun..ikut suka hati aku la..hahaa

Pada kengkawan di UMS, jom teruskan perjuangan. Jangan ralit. Bangkitlah bangkit..bangkitlah bangkit..

Kata orang..”Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”..

Sekian,jumpa lagi na kengkawan semua. All the best..

-UMS Boleh-

21/04/2009 at 6:18 am Leave a comment

Rahsia! Rahsia!

Alhamdulillah..berita yang paling menggembirakan dalam hidupku malam ni.

Satu panggilan daripada ibu telah memberikan khabar yang enak untuk didengar. Sudah lama sebenarnya aku menantikan khabaran ini.

Apa yang perlu aku ucapi lagi kalau bukan dengan segala puji-pujian bagi Allah SWT.

Hidupku terasa bermakna. Terasa dihargai. Tiada yang mustahil dalam alam cinta ini.

Kalian tentu hairankan apa yang ingin aku ceritakan sebenarnya. Bak kata Datuk Siti Nurhaliza ‘Biarlah Rahsia’..ahaks!

Yang penting, pagi esok aku ada exam.Kena fokus ni.

Ok la kengkawan, chow dulu.

Wassalam..

20/04/2009 at 11:19 pm Leave a comment

Suatu petang

Alahai, boringnya petang-petang macam ni.. Aku terasa begitu sunyi. Lagu pun asyik dok ulang ja.

Kadang-kadang, fikiranku melayang ke kampung halaman. Aku teringatkan mak, abah, adik-adik dan sepupuku.

Mujoq ada membe2 dan Ika. Tak tau sebab pa. Aku pun tak lama lagi nak tinggalkan UMS tercinta ni..

Ye la, tempat aku cari “makan’ (tuntut ilmu daa). Dah la lani minggu aku exam. Hai, tak tau nak study pa aih.. Serabut la.

Sebenarnya, aku pelik dengan persekitaran di UMS ni. Macam-macam ragam aku boleh kelih.

Ada yang ok tak pun KO! Tapi, nak buat lagu mana kan, depa pun manusia macam aku jugak.

Depa makan nasik,aku pun makan nasik, Depa makan burger, aku tengok ja la. Bukan tak lalu. Hangpa tau pasai pa?

Sebab aku tak dak duit. Orang tua dok kata, hujung2 bulan memang macam ni la. Sakit nak mampoih..

Sabaq ja la. Xpe la na, aku nak solat sat. Dah lewat ni. Teruk aku kan..hehe..

Ok la, aku chow dulu..

Ps: malam ni layan game everton vs man utd..harap2, team everton ni belasah man utd cukup..meluat aku aih..

19/04/2009 at 5:56 pm Leave a comment


Calendar

June 2012
S M T W T F S
« Jul    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Twitter Updates

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Recent Posts


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.