Posts tagged ‘bas’
Perhentian Bas Kampung AB
Aku masih ingat lagi, perhentian bas di Kampung AB itu. Banyak kenangan manis yang tercipta disana.
Siapa sangka pondok kecil yang hanya beralaskan bumbung zink yang bocor apabila hujan datang melanda menyimpan berbagai ragam memori.
Tidak ramai di kalangan pelajar universiti merasai nikmat seperti yang aku rasakan pada ketika ini.
Pertemuan pertama diikuti dengan perkenalan dan temu janji membuatkan aku tertawa sendirian saat ini.
Kebiasaannya apabila aku mahu pergi ke pekan, disitulah tempat aku menunggu ‘bas mini’.
Bunyi deruman enjin bas sudah membuatkan aku teruja. Bila difikirkan kembali..entahlah..
Biarlah kalian meneka, apakah motif sebenar aku ingin sampaikan! Ahaks….
Hanya yang berhati mulia dan mempunyai perasaan dapat mengerti maksudku ini. Biarlah manusia di luar sana masih mencari apa sebenarnya erti hidup.
Kekuatan bukan pada fizikal tapi pada akal yang cerdas dan bijak.
Ingatlah, tidak semua yang kita hajatkan akan kedapatan. Berusahalah sebelum menyerah tewas tanpa mengangkat bendera putih.
Perhentian bas kampung AB tetap menyimpan sejuta kenangan aku disana.
Andai kata aku berpeluang menjejaki kaki di bumi Sabah, aku akan kembali lagi.
Ini janji aku yang termeterai sejak pertemuan pertama tanpa sebarang perjanjian di kertas hitam putih.
Janji pasti dikota.
Percayalah kata-kataku ini…
Recent Comments