Posts tagged ‘banjir’
Terima Kasih Ibu
Hari ini insan ini telah pun selamat menyambut tahun kelahiran yang ke-47.. Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada –Mu Ya Allah..
Tidak ramai yang tahu sebenarnya, tanpa insan ini aku tidak akan lahir ke dunia ini untuk merasai nikmat hidup yang seketika.
Aku seperti mati hidup semula. Aku pernah ‘dilemaskan’ dalam air. Jangan salah sangka, aku terjatuh dari atas rumah nenekku sebelah abah di Kampung Banggul Derdap, Sik.
Tika itu, sekitar tahun 1990, banjir besar melanda kampung kami. Banyak rumah yang hanyut dibawa arus sungai dari Sungai Sik di hahagian hulu.
Siapa yang pernah mai Pekan Sik, tau la dia tang mana kampung yang aku maksudkan tadi. Orang inilah yang sanggup terjun ke bawah rumah bagi menyelamatkan nyawa seorang anak yang dikandungnya selama sembilan bulan!
Ya, sembilan bulan dalam perut..
Bukan satu jangka masa yang singkat sebenarnya untuk mengandungkan aku.. Malahan, bunting sulung kebiasaannya sakit yang teramat sangat bila tiba waktu nak bersalin dan banyak ragam.
Manusia, biasa la. Sering alpa dan leka dengan kesenangan yang didapati. Ramai yang melupakan pengorbanan ibu sesudah dewasa dan memiliki darjat pangkat yang setinggi Gunung Everest.
Ingat semua, bagi yang memiliki ibu, sayangilah depa.
Cintailah ibu kita dengan sepenuh cinta yang sering kita luahkan kepada ‘pasangan’ terpendam dalam dada. Jangan malu untuk mengaku orang tua yang kerepot itu ibu kita.
Buanglah ego kita tue jauh-jauh na..
Kata orang, busuk-busuk pun ibu kita..Wangi-wangi ibu orang..
Sempena hari jadi ibu yang ke-47, aku mahu mengucapkan selamat hari jadi ibu. Semoga ibu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sokmo..
I LOVE U MOM..I LOVE U MOM..I LOVE U MOM FOREVER..
Dari anakmu di bumi perantauan,
UMS, SABAH..
Recent Comments