Berakhirnya Musim Durian
11/07/2009 at 12:00 pm Leave a comment
Musim durian nampaknya sudah sampai ke penghujungnya. Walaupun rumah saya mempunyai dusun buah-buahan, tetapi saya hanya sempat menikmatinya dalam minggu ini sahaja kerana tidak berkesempatan pulang ke kampong halaman.
Teringat saya ketika zaman kanak-kanak, saya akan pergi memungut buah durian bersama dengan tok dan tokwan. Tapi, semua itu tinggal dalam ingatan di memori kerana tokwan saya sudah kembali menghadap Ilahi.
Sepanjang umur hidup saya, seingat saya la, saya tidak pernah menyuluh durian. Hanya pergi pungut dan makan pada hari yang sama. Barangkali, mempunyai dusun sendiri kot!
Sesekali, teringat kes kecurian buah durian di dusun di kampong kami. Memang melucukan. Sampai hendak berparang antara jiran.
Sanak-saudara datang berkunjung saban hari apabila musim buah tiba. Perasaan saya ini sungguh gembira kerana kami adik-beradik dapat berkumpul ramai-ramai. Bukan mudah mahu berkumpul dalam satu keluarga melainkan pada hari raya.
Kadang-kadang, ada juga yang mengadakan kenduri pulut durian. Wah, bertambah meriah la musim durian ini.
Namun, disebalik kenduri pulut durian terdengar kisah yang kurang enak untuk didengar. Tahukah kalian, terdapat sebilangan orang yang apabila mahu menikmati pulut durian mereka akan mengasingkan biji dan mengambil isi durian dan menggaulkan dengan pulut serta sedikit santan yang diperah pada awalnya. Pergh berdesup jantung dibuatnya…
Habis bergenang pinggan itu dengan pulut bersalut dengan durian setelah “dikame”. Mereka akan meramas-ramas isi durian itu dengan pulut sehingga sebati. Memang menggiurkan apabila sekali melihat. Tapi, sanggupkah kalian mencuba? Saya yakin, ramai yang tidak akan lalu untuk berbuat demikian. Silap-silap muntah hijau!
Sesekali makan sehingga menjilat jari kanan. Slurp……
Peringatan kepada kalian yang tidak pernah berbuat sedemikian. Sila jangan mencuba kerana pasti kalian akan pulang dengan keadaan lapar serta meloyakan anak tekak dan air liur melelah dicelahan bibir.
Maaf! Bukan nak mengata sesiapa! Tetapi, sebagai satu kisah untuk dikenang sepanjang zaman.
Kini, musim durian dah nak penghujung waktu. Kata orang, “buah last”. Sang tupai pun selepas ini akan menangis kehibaan. Kerana tiada lagi lubuk durian yang mahu dikopek.
Namun, dusun itu tetap setia menunggu kami untuk membekalkan rezeki dari Tuhan Semesta Alam.
Entry filed under: Uncategorized. Tags: .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed