Archive for May, 2009

Dapat Tiket Percuma

semalam aku tengok bola kat Stadium Darul Aman..hrmmm

keputusan dah diketahui ramai..kedah seri 0-0 dengan perlis…

tiket free tue…ahaks…

31/05/2009 at 8:18 am Leave a comment

Tak Tau Nak Buat Apa

Salam semua..

Hari ini tak de aktiviti nak buat..tidoq ajer la..

Nak layan game fifa 08 jap..kebetulan esok game tunggal liga super kedah vs perlis..harapan agar kemenangan kepada ‘abang’…ahaks..

Tiket pun dah dapat secara percuma..terima kasih kepada mr &^%^&$%^#&^ (mana leh sebut nama,kantoi arr)

Kan best pi Stadium Darul Aman masuk secara percuma lagi pasni..rezeki la katakan…ekekeke

jumpa lagi..

29/05/2009 at 4:41 pm Leave a comment

Man Utd Mati Akal di Rome

salam semua.. hari ini kita ceriter pasal bola sat.. ahaks..

1st, tahniah buat pasukan barca setelah mengalahkan skuad bergelar “syaitan merah“..

man utd tidak berupaya menjaringkan walau satu gol pun di Kota Rome..

tahniah eto’ serta messi.. anda kini sedang dipancing oleh pasukan kedah dari malaysia..hehehe

28/05/2009 at 10:03 am Leave a comment

Aku Ke Udara

Salam semua…

Setelah dua malam aku menahan mata daripada tertidur semata-mata kerana mahu mempraktikkan teori yang dituntut di Universiti Malaysia Sabah. Akhirnya aku sudah mulai menerima bahangnya. Bahang yang dimaksudkan disini ialah bukan senang tau mahu bergelar dj atau juruhebah.

Aku sempat berborak dengan dj Rizal di konti malam tadi. Rupa-rupanya banyak stage yang perlu dilalui sebelum bergelar dj. Kes ni macam pertandingan realiti tv la. Macam AF tue..hehe..

Maaf, saya bukan peminat setia AF. Cuma tengok lagu tu aje la…

Sebenarnya, aku ini tak la hebat sangat pun untuk ke udara. Namun, peluang yang diberi akan ku manfaatkan sebaik mungkin. Banyak yang aku dapat pelajari disamping menilai kelemahan dan kekurangan diri.

Aku berasa begitu kerdil bila berinteraksi bersama dj Kedah FM. Dj di Kedah FM memiliki reputasi serta nama yang cukup besar berbanding diri ini. Sebagai contoh, dj ‘ice’, dj As, dj Sha, dj Faizal dan ramai lagi yang menemani kalian 24jam sehari. Aku salute la kat dj nie..

Aku perlu banyak melakukan research bagi mendalami segala cabang ilmu yang berkaitan dengan dunia penyiaran radio. Bukan hentam keromo aje. Silap hari bulan salah fakta dan jadi auta. Tak naya ker tue namanya..

Buat kalian yang mahu mengenali aku secara lebih dekat. Anda boleh berbuat demikian dengan mencari frekuensi siaran 90.5 MHz dan 97.5 MHz setiap malam bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 6.00 pagi.

Segala komen boleh la diajukan. Aku mahu mendapatkan reaksi daripada pendengar di Kedah FM.

Insya-Allah..jika diizinkan Allah aku bakal menemankan kalian semua dan berjanji akan memberikan aksi yang terbaik hanya di Kedah FM… Amin…

“KEDAH FM STESEN RADIO NO 1 DI UTARA”

27/05/2009 at 1:17 pm Leave a comment

Kisah Aku (Siri Akhir)

Tiba-tiba motorsikal yang ditunggangku terus-menerus dirempuh dari belakang. Aku pada mulanya dapat mengawal daripada untuk tidak terjatuh. Tapi, malangnya nasib tidak menyebelahi aku untuk kali ini.

Aku terjatuh dari motorsikal dan terus menyembam ke bumi. Aku mencabul permukaan dada jalan raya tanpa kerelaannya. Apa boleh buatkan dah aku terpaksa berbuat demikian. Aku terus terguling-guling dengan laju tanpa berdaya untuk menghentikan gulingan itu.

Dalam beberapa saat setelah aku “tidor” sekejap atas jalan raya, aku bingkas bangun. Aku jadi kaget seketika. Fikiranku teringatkan motorsikal jenis Honda Wave. Yela, dah la aku pinjam sat dengan member budak Qelate..

Lucu pun ada masa tue. Sakit confirmlah..ahaks.. Yela, lepas accident aku terus bangun. Masa tue, jalan di bulatan Yayasan Sabah jem sikitlah. Ramai yang melihat daripada menghulurkan bantuan. Sakit hati aku tau! Mungkin dah takdir untuk dihukum sedemikian.

Aku terus menghidupkan semula enjin motorsikal dan terus meninggalkan bulatan Yayasan Sabah dengan perasaan malu bercampur sakit.huhuhu….

26/05/2009 at 9:33 am Leave a comment

Kisah Aku

Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa itu. Nyawaku hampir teragut di jalan raya. Aku ngeri. Sampai kini aku tidak berupaya melenyapkan tempo kejadian itu di minda pemikiran.

Rempuhan kasar itu mengakibatkan position asalku diatas motor kini berbaring selesa di atas jalan. Aksi bagaikan superman benar-benar menakjubkan aku.. bukan senang beb nak terbang..ini bukan main-main tapi betul-betul..

Aku tidak tahu  bagaimana aku boleh kemalangan. Masih aku ingat lagi di persimpangan bulatan berhampiran Yayasan Sabah itu. Aku yang berada di lorong kiri mahu menukar arus memasuki lorong kanan sebab mahu membuat pusingan balik ke arah Jalan UMS-Sulaman. Aku pada mulanya nampak kenderaan pacuan 4W tue..

Alih-alih  kenderaaan berat  jenis Isuzu tue hilang dari cermin sisi kanan motorku. Pelik aku. Tadi ada masa aku kerling melalui cermin sisi.. aiii, hairan bin ajaib.. tak mungkin…adakah ????…

Ahh, mengarutlah.. mana ada hantu siang-siangkan kawan-kawan…hi..hi..hi..hi…

Terus saja aku masuk lorong kanan dan apabila mahu membuat pusing keliling tiba-tiba….

(bersambung esok na kawan-kawan)

25/05/2009 at 9:35 am Leave a comment

Dah Nak On Air

Salam kengkawan…

Nah, aku dah mula kena masuk konti setelah lama tidak berbuat demikian. Aku pun lupa sudah bila kali terakhir aku menjadi dj bidan terjun…

Aku rasa ini antara peluang yang hanya muncul sekali seumur hidup. Bukan senang beb..wakaka…

Bukan nak mohong hangpa semua la..aku pun cuak jugak ni.. ye la..masa dekat U dulu bolehlah main-main dalam bersiaran.. tapi, ni untuk seluruh rakyat jelata di bahagian utara..

Kekok, runsing, kecut perut semua ada belaka..huhuhu…

1st time ke udara di langit ke tujuh dengan dj ?????..hehehe..

Bagi aku secara peribadi, ni la pengalaman yang akan mematangkan aku.. seandainya aku memilih untuk berjuang dalam bidang ini..aku mesti teruskan jua..bidang penyiaran radio dan mp3…ahaks..

Aku ni memang suka merapu sikit..tengok orang la beb..

Tapi, tengok la keadaan macam mana. Kalau depa serius aku musti serius..kalau depa kelakar, aku mesti la gelak..takkan nak ubah mood kepada sedih pulak kot no kengkawan….

Alamak…aku perlu undur diri sat…ketemu lagi….

24/05/2009 at 5:59 pm Leave a comment

Sawah Padi & Bola Sepak

Sawah padi yang terbentang luas di ufuk barat mencantikkan lagi pemandangan mataku. Sinar sang suria menerangi keadaan sekeliling.

Aku mengharapkan agar cuaca pada pagi ini baik hendak-Nya. Kerna, sekejap lagi aku akan melakukan lawatan singkat ke Hentian Bas Shahab Perdana. Oh ya, aku bukanlah seorang menteri yang perlu untuk dihamparkan permaidani merah.

Aku hanya insan biasa. Dengan menaiki motosikal berkuasa yang tidaklah seberapa tinggi aku akan menunggangnya kesana. Hari ini hari Sabtu ya. Ada match la.. hrrmmm…

Berceritera tentang bola memang tak habis satu malam. Aku boleh diandaikan sebagai manusia yang begitu meminati sukan bola sepak. Tapi, tidak sampai gila sehingga bertindak diluar batasan akal. Jangan kerana bola kita menjadi musuh. Jangan kerana bola kita terputus persaudaraan. Jangan kerana bola kita lupa anak bini..ahaks..

Kurang dari EMPAT jam dari tinta ini dicoretkan, aku akan melewati Pekan Aloq Setaq itu. Mungkin kalian terperasan menagapa dan kenapa aku sengaja memanggilnya dengan istilah Pekan dan tidak Bandaraya. Tahukah kalian kenapa?

Biarlah rahsia…..

Macam Nabil dok ‘ayat’ tue…….. “lu pikir la sendiri ” sendiri…hahahha…

23/05/2009 at 8:46 am Leave a comment

Shahab Perdana ke Baling

Tadi, aku meninggalkan Hentian Bas Shahab Perdana dengan seribu kesedihan. Insan yang aku kenang kini terpaksa pulang ke kampong atas urusan resmi.

Aku menghantar dia betul-betul di depan pintu bas MARA yang akan terus maju ke Baling. Aku berdoa agar perjalanan dari Alor Setar selamat tiba ke daerah Baling yang menyamankan.

Perpisahan yang aku boleh sifatkan sebagai “sat ja”. Aku risau juga dia pulang keseorangan. Aku agak busy hingga terpaksa biarkan dia pulang dengan sendirian. Sedih jugak aku tadi..huhuhu…

Ye la, bagaikan menggamit nostalgia lama. Dulu aku diami di Pekan Kodiang. Pekan yang bersempadan dengan negeri Perlis nun di Utara.

Dulu, kalau nak balik kampong sambut raya mesti la naik bas. Masa tu aku kecik lagi. Stesen bas Shahab Perdana masa tu bukan macam ini sekarang.

Mana ada bangunan yang kian tumbuh rancak di tepian stesen itu. Aku sesungguhnya suka dengan keadaan sedemikian. Susah ooo nak naik bas dulu-dulu..

Pengalaman lalu mengajar aku erti kepayahan untuk hidup. Kereta ada la, tapi dulu setakat Dutson 130Y mana kuat beb nak sampai hutan Baling. Mau rosak tengah jalan naya la kami sekeluarga..hehehe..

Aku serius ni bercerita untuk kalian semua.. Tapi, tu dulu.. Aku bersyukur dengan sedikit kurniaan Ilahi kepada keluarga kami..

Eh, aku dah banyak melalut ni..Jom berbalik kepada cerita tadi.

Namun, hidup perlu jua diteruskan. Esok dia mai balik. Confirm aku setia menanti dia tepat jam 1.15pm. Walaupun aku tahu, pada sebelah malamnya ada perlawanan bola sepak Liga Super yang membabitkan Kedah vs Selangor di Stadium Shah Alam..

Aku tidak sempat kemana-mana setelah baru pulang dari Sabahan nie..

Apapun, esok aku akan ronda-ronda dengan sepuas-puasnya di Pekan Aloq Setaq. Mungkin singgah di Pekan Rabu walaupun esok adalah hari Sabtu..ahaks..

Saja jalan-jalan beli barang keperluan..

Berbagai-bagai jenis gelagat manusia yang aku dapat lihat tadi. Kadang-kadang aku tersenyum sendirian. Namun, tak kurang juga yang tidak bernasib baik.. Aku turut simpati dengan nasib mereka..

Inilah rencah kehidupan dunia pada hari ini. Esok lusa tak tau lagi.. Mungkinkah masa lalu akan terulang dan berulang kembali……….

22/05/2009 at 5:26 pm Leave a comment

Tugasan Baru

Salam semua..

Aku baru balik dari kerja.. hari ni kerja aku taip judul lagu ke dalam komputer..

Banyak lagu yang perlu aku salin tadi.. best gak dapat kerja baru ni..

Penat memang la penat..tapi, bagi aku ni la pengalaman yang aku kutip sepanjang kat RTM Kedah..

Dan yang penting esok cuti..Leh pi jalan2 kat pekan Aloq Setaq…ahaks…

Tapi, macam nak kerja lagi daa..biarlah tak dapat OT pun..hehehe

Bye..nak mandi sat noh…hangat giler…

21/05/2009 at 5:31 pm Leave a comment

Older Posts


Calendar

May 2009
S M T W T F S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Twitter Updates

Error: Please make sure the Twitter account is public.

Recent Posts


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.