Berakhirnya Musim Durian
Musim durian nampaknya sudah sampai ke penghujungnya. Walaupun rumah saya mempunyai dusun buah-buahan, tetapi saya hanya sempat menikmatinya dalam minggu ini sahaja kerana tidak berkesempatan pulang ke kampong halaman.
Teringat saya ketika zaman kanak-kanak, saya akan pergi memungut buah durian bersama dengan tok dan tokwan. Tapi, semua itu tinggal dalam ingatan di memori kerana tokwan saya sudah kembali menghadap Ilahi.
Sepanjang umur hidup saya, seingat saya la, saya tidak pernah menyuluh durian. Hanya pergi pungut dan makan pada hari yang sama. Barangkali, mempunyai dusun sendiri kot!
Sesekali, teringat kes kecurian buah durian di dusun di kampong kami. Memang melucukan. Sampai hendak berparang antara jiran.
Sanak-saudara datang berkunjung saban hari apabila musim buah tiba. Perasaan saya ini sungguh gembira kerana kami adik-beradik dapat berkumpul ramai-ramai. Bukan mudah mahu berkumpul dalam satu keluarga melainkan pada hari raya.
Kadang-kadang, ada juga yang mengadakan kenduri pulut durian. Wah, bertambah meriah la musim durian ini.
Namun, disebalik kenduri pulut durian terdengar kisah yang kurang enak untuk didengar. Tahukah kalian, terdapat sebilangan orang yang apabila mahu menikmati pulut durian mereka akan mengasingkan biji dan mengambil isi durian dan menggaulkan dengan pulut serta sedikit santan yang diperah pada awalnya. Pergh berdesup jantung dibuatnya…
Habis bergenang pinggan itu dengan pulut bersalut dengan durian setelah “dikame”. Mereka akan meramas-ramas isi durian itu dengan pulut sehingga sebati. Memang menggiurkan apabila sekali melihat. Tapi, sanggupkah kalian mencuba? Saya yakin, ramai yang tidak akan lalu untuk berbuat demikian. Silap-silap muntah hijau!
Sesekali makan sehingga menjilat jari kanan. Slurp……
Peringatan kepada kalian yang tidak pernah berbuat sedemikian. Sila jangan mencuba kerana pasti kalian akan pulang dengan keadaan lapar serta meloyakan anak tekak dan air liur melelah dicelahan bibir.
Maaf! Bukan nak mengata sesiapa! Tetapi, sebagai satu kisah untuk dikenang sepanjang zaman.
Kini, musim durian dah nak penghujung waktu. Kata orang, “buah last”. Sang tupai pun selepas ini akan menangis kehibaan. Kerana tiada lagi lubuk durian yang mahu dikopek.
Namun, dusun itu tetap setia menunggu kami untuk membekalkan rezeki dari Tuhan Semesta Alam.
Tesis belum hantar lagi daa
Salam semua…
Hari ni aku masuk malam pulak…kena buat persedian awal2 nie…
Sekarang ini aku layan radio sabah fm di internet..sesekali teringat sabahan daa..ahaks…
Ya, aku akan kembali dan terus diami disana nanti..
Alamak, aku belum buat hardcover tesis lagi daa.. 4 buah kesemuanya tau..
Kena print lagi..duit semua tue..huhu…
Buat kawanku di mana sahaja yang mengenali aku..aku mahu jumpa kalian semua…
Aku terasa sepi sekarang ini..aku mahu makan buras, bakso, nasi goreng mamak dan milo ping and apa2 aje la…
Aku tahu, kita tidak akan ketemu lagi selepas ini..hanya masa yang menentukan……
Dunia, Masihkah Selamat?
Salam semua…
Harap kalian sihat selalu.. tidak ada apa yang aku mahu lakarkan disini.. hidup atas dunia ini perlukan banyak kesabaran sebenarnya..
Kini, masyarakat semakin rakus dan tidak memastikan keselamatan diri dan orang lain.. entahla…
Dunia seperti sudah tidak selamat untuk didiami…huhuhu..
Selepas ini aku akan keseorangan.. tiada lagi ruang dan waktu untuk mengenang kisah lampau..
Barangkali………….
Dapat Tiket Percuma
semalam aku tengok bola kat Stadium Darul Aman..hrmmm
keputusan dah diketahui ramai..kedah seri 0-0 dengan perlis…
tiket free tue…ahaks…
Tak Tau Nak Buat Apa
Salam semua..
Hari ini tak de aktiviti nak buat..tidoq ajer la..
Nak layan game fifa 08 jap..kebetulan esok game tunggal liga super kedah vs perlis..harapan agar kemenangan kepada ‘abang’…ahaks..
Tiket pun dah dapat secara percuma..terima kasih kepada mr &^%^&$%^#&^ (mana leh sebut nama,kantoi arr)
Kan best pi Stadium Darul Aman masuk secara percuma lagi pasni..rezeki la katakan…ekekeke
jumpa lagi..
Man Utd Mati Akal di Rome

salam semua.. hari ini kita ceriter pasal bola sat.. ahaks..
1st, tahniah buat pasukan barca setelah mengalahkan skuad bergelar “syaitan merah“..
man utd tidak berupaya menjaringkan walau satu gol pun di Kota Rome..
tahniah eto’ serta messi.. anda kini sedang dipancing oleh pasukan kedah dari malaysia..hehehe
Aku Ke Udara
Salam semua…
Setelah dua malam aku menahan mata daripada tertidur semata-mata kerana mahu mempraktikkan teori yang dituntut di Universiti Malaysia Sabah. Akhirnya aku sudah mulai menerima bahangnya. Bahang yang dimaksudkan disini ialah bukan senang tau mahu bergelar dj atau juruhebah.
Aku sempat berborak dengan dj Rizal di konti malam tadi. Rupa-rupanya banyak stage yang perlu dilalui sebelum bergelar dj. Kes ni macam pertandingan realiti tv la. Macam AF tue..hehe..
Maaf, saya bukan peminat setia AF. Cuma tengok lagu tu aje la…
Sebenarnya, aku ini tak la hebat sangat pun untuk ke udara. Namun, peluang yang diberi akan ku manfaatkan sebaik mungkin. Banyak yang aku dapat pelajari disamping menilai kelemahan dan kekurangan diri.
Aku berasa begitu kerdil bila berinteraksi bersama dj Kedah FM. Dj di Kedah FM memiliki reputasi serta nama yang cukup besar berbanding diri ini. Sebagai contoh, dj ‘ice’, dj As, dj Sha, dj Faizal dan ramai lagi yang menemani kalian 24jam sehari. Aku salute la kat dj nie..
Aku perlu banyak melakukan research bagi mendalami segala cabang ilmu yang berkaitan dengan dunia penyiaran radio. Bukan hentam keromo aje. Silap hari bulan salah fakta dan jadi auta. Tak naya ker tue namanya..
Buat kalian yang mahu mengenali aku secara lebih dekat. Anda boleh berbuat demikian dengan mencari frekuensi siaran 90.5 MHz dan 97.5 MHz setiap malam bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 6.00 pagi.
Segala komen boleh la diajukan. Aku mahu mendapatkan reaksi daripada pendengar di Kedah FM.
Insya-Allah..jika diizinkan Allah aku bakal menemankan kalian semua dan berjanji akan memberikan aksi yang terbaik hanya di Kedah FM… Amin…
“KEDAH FM STESEN RADIO NO 1 DI UTARA”
Kisah Aku (Siri Akhir)
Tiba-tiba motorsikal yang ditunggangku terus-menerus dirempuh dari belakang. Aku pada mulanya dapat mengawal daripada untuk tidak terjatuh. Tapi, malangnya nasib tidak menyebelahi aku untuk kali ini.
Aku terjatuh dari motorsikal dan terus menyembam ke bumi. Aku mencabul permukaan dada jalan raya tanpa kerelaannya. Apa boleh buatkan dah aku terpaksa berbuat demikian. Aku terus terguling-guling dengan laju tanpa berdaya untuk menghentikan gulingan itu.
Dalam beberapa saat setelah aku “tidor” sekejap atas jalan raya, aku bingkas bangun. Aku jadi kaget seketika. Fikiranku teringatkan motorsikal jenis Honda Wave. Yela, dah la aku pinjam sat dengan member budak Qelate..
Lucu pun ada masa tue. Sakit confirmlah..ahaks.. Yela, lepas accident aku terus bangun. Masa tue, jalan di bulatan Yayasan Sabah jem sikitlah. Ramai yang melihat daripada menghulurkan bantuan. Sakit hati aku tau! Mungkin dah takdir untuk dihukum sedemikian.
Aku terus menghidupkan semula enjin motorsikal dan terus meninggalkan bulatan Yayasan Sabah dengan perasaan malu bercampur sakit.huhuhu….
Kisah Aku
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa itu. Nyawaku hampir teragut di jalan raya. Aku ngeri. Sampai kini aku tidak berupaya melenyapkan tempo kejadian itu di minda pemikiran.
Rempuhan kasar itu mengakibatkan position asalku diatas motor kini berbaring selesa di atas jalan. Aksi bagaikan superman benar-benar menakjubkan aku.. bukan senang beb nak terbang..ini bukan main-main tapi betul-betul..
Aku tidak tahu bagaimana aku boleh kemalangan. Masih aku ingat lagi di persimpangan bulatan berhampiran Yayasan Sabah itu. Aku yang berada di lorong kiri mahu menukar arus memasuki lorong kanan sebab mahu membuat pusingan balik ke arah Jalan UMS-Sulaman. Aku pada mulanya nampak kenderaan pacuan 4W tue..
Alih-alih kenderaaan berat jenis Isuzu tue hilang dari cermin sisi kanan motorku. Pelik aku. Tadi ada masa aku kerling melalui cermin sisi.. aiii, hairan bin ajaib.. tak mungkin…adakah ????…
Ahh, mengarutlah.. mana ada hantu siang-siangkan kawan-kawan…hi..hi..hi..hi…
Terus saja aku masuk lorong kanan dan apabila mahu membuat pusing keliling tiba-tiba….
(bersambung esok na kawan-kawan)
Dah Nak On Air
Salam kengkawan…
Nah, aku dah mula kena masuk konti setelah lama tidak berbuat demikian. Aku pun lupa sudah bila kali terakhir aku menjadi dj bidan terjun…
Aku rasa ini antara peluang yang hanya muncul sekali seumur hidup. Bukan senang beb..wakaka…
Bukan nak mohong hangpa semua la..aku pun cuak jugak ni.. ye la..masa dekat U dulu bolehlah main-main dalam bersiaran.. tapi, ni untuk seluruh rakyat jelata di bahagian utara..
Kekok, runsing, kecut perut semua ada belaka..huhuhu…
1st time ke udara di langit ke tujuh dengan dj ?????..hehehe..
Bagi aku secara peribadi, ni la pengalaman yang akan mematangkan aku.. seandainya aku memilih untuk berjuang dalam bidang ini..aku mesti teruskan jua..bidang penyiaran radio dan mp3…ahaks..
Aku ni memang suka merapu sikit..tengok orang la beb..
Tapi, tengok la keadaan macam mana. Kalau depa serius aku musti serius..kalau depa kelakar, aku mesti la gelak..takkan nak ubah mood kepada sedih pulak kot no kengkawan….
Alamak…aku perlu undur diri sat…ketemu lagi….
Recent Comments